Thursday, December 22, 2011

sabar dan usaha

hye..assalamualaikum..
dah nak dekat sebulan dah aku habis SPM..
bosan lah kan..
aktiviti hari hari sama jee
bangun tidur online ... lepas sembahyang online lagi,, malam online,,sebelum tidur online..
sehari berapa jam aku habiskan dengan online agaknya kan..
disebabkan tak de kerja nak buat itulah satu satu nya aktiviti yang boleh aku buat..
nak tengok tv pun takda cerita..
cakap pasal kerja,,,aku rasa dah seminggu dah aku tunggu panggilan kerja..
aku dan kawan kawan aku masih lagi sabar menanti kalau kalau ada orang panggil untuk kerja
handphone memang sentiasa melekat dekat sebelah
betapa tingginya harapan untuk kerja..
dalam masa yang sama jugak kitorang dah pasrah kalau tak dapat..
harapan nak dapat kerja tu dah sememangnya tak da..
mungkin bukan rezeki kitorang kerja dekat situu..
maybe rezeki kitorang dekat tempat lain..
aku tahu rezeki dekat muka bumi ALLAH ni luas..
kalau tak dapat kat satu tempat maybe dapat kat tempat lain..
yang penting kena rajin berusaha..
dan kitorang pun dah plan nak keluar carik kerja lagi minggu depan..
cuma nak carik dekat mana tak tau lagii..
hopefully kali nie kitorang akan dapat...aminnn..
ya ALLAH tunjukkanlah di mana rezeki kami ya ALLAH ...aminnn..





PMR bukan penentu . .

hye...assalamualaikum..
nothing much to say..
juz nak cakap,,kepada adik adik yang ambik result PMR hari ni..
yang dapat straight A dan yang dapat banyak A tu tahniah ok..decide lah nak ambik aliran apa..
ingat!!nak pilih aliran tu make sure ikut pilihan sendiri..jangan ikut kawan..
kita dengan kawan kita tak sama..
mungkin kawan kita boleh bawak subjek sains and kita pulak lebih kepada akaun..
so,, ikut lah apa yang kita boleh follow..
jangan lah pilih sebab nak ikut kawan jee
kawan awak tu tak pergi mana pun,,sekolah sama jugak..
boleh je jumpa selalu..
mintak lah nasihat orang sekeliling..
 
kepada yang tak dapat banyak A atau ada subjek yang fail..
aloolooo adik...jangan lah nak frust sangat..
sedih tu memang lah sedih tapi jangan lah risau sangat..
PMR tu memang lah agak penting,,tapi SPM tu lagi penting adik adik ku syg..
SPM tu lah yang menentukan masa depan..
PMR fail tak pe lagi kalau SPM fail susah dik oiiii..
lupakan PMR and tumpukan pada SPM pulakk
hidup kena sentiasa pandang ke depan jangan pandang ke belakang..
benda dah lepas tu lepaslah kan tak boleh nak patah balik masa..
kadang kadang orang yang tak banyak A ni pun boleh kalahkan orang yang straight A tau masa SPM nanti..
dengan syarat kena belajar rajin rajin . .
cuba bersaing dengan orang yang straight A tu . .jangan terlalu nak merendah diri..
ok..

PMR dah lepas..ok nanti turn SPM pulak..
aku dah mula rasa takut..
harap lah keputusan seperti yang diharapkan..
kalau tak pun,,aku harap aku dapat terima keputusan aku..
ya ALLAH berikanlah aku keputusan yang terbaik ya ALLAH...
aminnnn....



Tuesday, December 20, 2011

fine aku tak pandai masak

hye..assalamualaikum..
dah berapa hari tak update blog kan..
nak buat macam mana dah tak da cerita..
nih pun post tah pape jee nih..
merujuk kepada tajuk post aku hari nih .. 
ok i admit it..
im really bad in cooking..
wahhh!!kalau aku masak it would be a disaster HAHA
ok tipu jee tak de lah sampai macam tu sekali..
dont be surprised yang sekarang nih aku memang tak tau masak apa apa . .dont know anything . .
yes,,i dont know how to cook..
kalau tanya aku hanya pandai goreng menggoreng je ok
and guess what sometimes menggoreng pun hangit and tak masak . .
how bad lah aku nih kan..
and can you imagine before this aku masak nasi pun failed ok . .=='
teruknya anak dara nih kan ..
but now tak da lah fail lagi bab bab masak nasi nih .. 
my mum jangan cakap lah kan..
selalu sangat membebel sampai rasanya dia dah tak larat lagi nak membebel
bukan setakat my mum je,,my dad my sister even my brother in law pun dah sampai tak tau nak cakap apa..
my mum kata anak dara tak pandai masak mana ada orang nak..
mak kata kalau dapat mak mertua yang baik tak pe lah,,kalau mak mertua yang nak menantu pandai masak tak ke meroyan aku nanti . .
seriously aku jealous tengok kawan kawan aku yang pandai masak . .adik adik yang pandai masak ..
i feel like teruk nya lah hai aku nih . .
sometimes mak sampai bandingkan aku dengan anak jiran sebelah . .
fine terasa sangat hina . .
but dont worry,,
ive made promised to myself,,kalau dah besar..
before kawin i'll make sure that aku dah pandai masak..
and aku akan belajar masak semua jenis masakan so senang lah nanti kan..
lagi best aku ada cita cita nak sambung study ambik course kulinari . .
tak da lah hina sangat kan HEHEHe
juz pray for me . .
ok bye..




Thursday, December 15, 2011

JOB JOB JOB KERJA KERJA KERJA

HYE..ASSALAMUALAIKUM..
seriously hari nie penat gila ok...fuhh (--')
hari nih baru mula nak carik kerja..
cuba teka kitorang carik kerja kat mana??
jusco..HAHAHA tak nak kalah kan..
dah tu je lah tempat yang kitorang terfikir..
carik kat tiram tak da..ada tapi nak pakai sorang..
kitorang ada 4 orang mana boleh berpisah lah AHAHAH
tak pasal kan dah lah jauh..
gaji tu memang untuk tambang dan duit makan jee
lain memang tak ada..HAHAHA
banyak jugak lah kedai yang kitorang tanya tapi semua tak ada
ada dua ke tiga je kedai yang nak pakai orang
kebanyakan kedai farahin yang pergi tanya..
ok aku dengan mieyn kan pemalu..
siap isi borang and interview lah bagai..
lepastu jawapan semua tetap sama 'apa apa hal nanti kitorang telefon'
HAHAHA agaknya bila lah nak dapat kan
macam job besar gila jee
farahin mintak jadik cashier,,,sekali hamik kauu..
jawablah soalan matematik yang berlambak lambak tu
dah lah tak boleh pakai kalkulator...jawablah kau..
sekarang nih kitorang tunggu orang orang tersebut coll jee..
kalau ada adalah
kalau takda nasiblah kan...terima je lah
nak kerja sangat pergi kerja kilang sana HAHAA
fine,,aku ingat kalau dapat nak terus start kerja boleh bosan gila tauu
rupanya kena tunggu jugakk..
nasib nasib
mintak mintak lah dapat...aminnnn

tiba tiba,,fuyooo lu fai...
gua jealous boleh
untunglah kau kan HAHAHA
good luck lah =D
k bye...


Sunday, December 11, 2011

GERHANA BULAN

hye...assalamualaikumm..
jumpa lagiii...(--')
malam tadi dikhabarkan gerhana bulan akan berlaku...
wow,,,best kannn..
untunglah sapa yang dapat tengokk
dekat rumah aku nie,,aku dengan kakak aku macam orang gila nak tengok gerhana bulan..
dengan harapan akan nampak lahh kan
beriye nie nak tengokk..
kakak aku yang cakap..
aku pun tak tahu berapa banyak kali aku dengan kakak aku keluar rumah lah kann..
kejap kejap keluar sampai mak aku pun tertanya tanya..
nasib baik lah kan,..
kitorang dapat tengok sikit je lahh
tak dapat tengok sampai penuh..
maybe sebab nak hujan so awan yang menutupi segala-galanya..
sapa yang dapat tengok full tu untunglah kann
jealous nih..
tak pa nanti aku tengok dalam tv jee..huh
k byee..

picture!!

masuk jeee aku dah macam oh my!! pelamin dia cantik sangat...i likeeee...

sebahagian anak murid cikgu yang datang

time tengah tunggu cikgu

budak budak tak da keje
 
 moment bila cikgu keluar bilik,,fine aku tak nampak pape,,semua orang block aku

macam biasa terlindung HAHA

tak nampak jelas sebab aku tak boleh pegi depan dah penuh

pengantin lelaki..comel tau HAHA..gamba tak tegak,,nak tengok sengetkan kepala..abaikan muka budak yang depan tuu..the moment pengantin lelaki masuk kitorang semua woooooooooo!!!ada yang jerit "cikgu jangan takut lah..jangan malu lahh"..gempak kan..mana ada lagi wedding macam nie..AHAHA
 
 bila pengantin lelaki sampai,,kitorang pun keluar sebab tak nak menyemak kat dalam tuu
 
 time dekat luar..takde keje nak buat...ape lagi bergambar lah..

muka burukkkk!!yeah

nie aku suka..sweett kann..HAHAH jealous tau..tak berenggang pun budak dua org nie dari turun bas sampai balik..

pasangan pengantinn...sweet lah kan..

with 5BSC..gambar aku tersorok kat belakang HAHA

with 5ASC..

then terus balik..nak buat apa lagi menyemak kat umah orang lama-lama kan..AHAHA




wedding cikgu nora

hye...asssalamualaikum...
hari nie cerita pasal wedding je eah..
well,,,wedding cikgu nora memang best..
mau tak best kalau dah datang satu bas,,campur yang naik van campur lagi yang naik kereta . . 
tolonglah bayangkan berapa ramai budak-budak sekolah yang datang...bekas budak sekolah..HAHA
dah rasa macam dekat sekolah dah
kitorang buat macam kitorang nie kat sekolah
turun je bass,,,pulak dah,,kitorang nie makhluk asing ke
semua mata macam tengok kitorang nie sangat pelikk..
yes,,aku memang terasa macam orang pelik bila oarang tengok macam tuu
tengah makan lepastu deejay suruh sorang wakil untuk nyanyi..
jia wen jadi wakil dengan lagu siti nurhaliza HAHAHA
lepastu kitorang masukk dalam and buat macam rumah sendiri lah kan
seriously,,rumah cikgu penuh dengan kitorang jee
kesian family dia
serius aku rasa macam sangat menyemak gila HAHA
aku dapat rasakan macam ada yang tak berapa selesa dengan kitorang..
tapi sorrylah kitorang datang memang untukl  mengecohkan suasana HAHA
memang kecoh lah kan rumah cikgu tuuu dengan anak murid yang ramai sampai orang nak alu pun susah
disebabkan tak tau nak buat apa,,,sementara nak tunggu cikgu habis bermake up
kitorang main game dekat tengah-tengah orang ramai tuu
dah lah menyemak,,buat bising pulak tuu HAHA
kitorang main eye killerr
gua memang tak reti lah nak main game tuuu
and aku tak reti kenyit mata lahh
kitorang main sampai cikgu keluar dari bilik..
bila keluar semua pun woooooooooo!!!HAHAH
dan ucapan SELAMAT SEJAHTERA PUAN NORA
pelik tak pelik unik tak unik kecoh tak kecoh lah kan
bila pengantin lelaki sampai aku and the gang pun keluar..
tak nak menyemak lagiii
bagi orang lain pulakk
then,,ambik gambar dengan cikgu terus balikk..
nak lama lagi tak boleh lah nanti sampai rumah lambat..
ok bye...jap lagi ada gambar..

Friday, December 9, 2011

NONSENSE . .

hye...assalamualaikummmm
hari nie takda aktiviti langsung...
bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan..
semalam pergi sekolah pulang buku teksss...
fuyooo,,,gua rindu sekolahh..
dulu beriye doa cepat habis exam,,
sekarang gedik nak rindu sekolah apahal  HAHA
sumpah gua rindu kelas BI dengan sir taufikk..
madah gelakk je hari-hari...
yeah,,esok nak pergi rumh cikgu nora..
selamat pengantin baruuu cikguuu..
so sweett...
sayang sangat tak dapat nak tengok cikgu nikah hari niee..
must be great kan..
never mind esok masih ada..HAHAHA
see you there cikgu,,wait for me.. =D

semalam i tengok wall seseorang..
oh damn,,,so sweet lah mereka...
i really hope that the girl was me..
but i noe that it wont happenn
lucky girl..
i realised that i am not as pretty as her..
she juz almost perfect . .
and both the gurl and the boy were meant for each other..
k dah bye..




Tuesday, December 6, 2011

lelaki . .

hye assalamualaikum..
hamboii anieza,,,gedik nya kau punya tajuk nie..
sejak bila dah pandai nak cakap pasal lelaki nie..
sejak bila kau suka lelaki nie..hahah
eh,,selama nie macam lah aku tak pernah cakap pasal lelaki,.
mesti lah aku suka lelaki,,tak kan aku nak suka perempuan pulak..hilang akal ke hapa??adoii..
kawan-kawan aku selalu tanya,,anieza kau tak nak couple ke??
bukan aku tak nak,,tak da orang yang nak kat aku..hahah..nampak sangat lah tak laku..hahah hina nya..
lagipun masa diorang tanya tuu,,SPM pun tak pass lagi..
nie dah abis SPM dah bole lah nak gedik2 sikit..hahaa
memang takda orang tanya,,tapi suka hati aku lah nak bagitahu...diam dan baca jee tak payah nk byk cekadak..
cehceh,,antara ciri lelaki yag aku suka lah eah,,,ehem2 (da mula gedik) :

  • baik....sape nak yang jahat lah seyh
  • hensem,,,hahahha..lebih gila lah aku nie..muka dah macam pengemis tepi jalan tak pyh nak yg ensem sgt lah kan
  • lesung pipit kiri kanan...hahaha..memang tak kan dapat lah kan
  • main bola..hahaha..cool lah org yg main bola nie...act bkn bola jee,,sesape yg active bersukan..
  • tak hisap rokok...plezzzz,,aku benci bau rokok..eh,,busuk lah,,tak pernah bau ke..
  • pandai...hahah..kau nie dah bagus sangt ke nak carik yang pandai2..hahah
  • respect...lelaki yg hormat orang lain especially seorang perempuan adalah lelaki yang paling machoo sekali...cewahhh!!!
  • rendah diri..hahha..inni aku suka..so,,nanti tak da lah nak berlagak sangat kan..
  • terima aku seadanya ok...fine,,,ambiklah aku yg buruk dan hodoh,,,serabai,,selekeh,,ape lagi huh??yg buruk2 jee lah..
  • pandai main gitar...ohhh,,,melting aku..nyanyikan satu lagu plessss...fine,,gedik lagi..dah,,tak pyh nak perasan lah tak de sape nak nyanyikan lagu utk kau
  • bertolak ansur...tak nak lah yg keras kepala,,,dah cukup aku sorang yg keras kepala..kalau due2 keras kepala memang hancur lah kan.. 
hahhaa...lebih nampak aku nie..nak yg bagus je kan..
fine,,aku tak lah mintak yg terlalu perfect yg takde cacat cela langsung kan..
cukuplah yg baik and respect seorang perempuan..
sebelum tuu,,kalau ade terjumpa lah lelaki yg sedemikian,,bagitahu lah eahh
bia aku sendiri pergi tackle..hahahah,,gila tak gila macam desperate sangat jee
hahah,
sekian terima kasih...

antara kegilaan aku:
pemain badminton korea..woooooooo

first time tengok dlm boys over flower..erkk,,ensem gila bole walaupun muka jambu..haha,,note that,,im not korean lover 
 
first time tengok dlm cinta melody...ganteng banget sih..hhahaahha..gila dah aku nie